Dalam Negara 3 anggota polis ditahan pandu BMW, Mini Cooper klon

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Jan 17, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    17,390
    Likes Received:
    12
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +16 / 0 / -0
    [​IMG]
    Foto hiasan.

    [​IMG]

    SERDANG: Pasukan khas Bukit Aman menahan 3 anggota polis selepas mereka didapati menggunakan kereta klon mewah di sekitar daerah ini Sabtu lepas.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata anggota berpangkat Lans Koperal dan Koperal itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS) Bukit Aman di beberapa lokasi berasingan di sini selepas gagal memberi penjelasan perbuatan mereka.

    Katanya, 4 kenderaan mewah yang dirampas daripada anggota terbabit ialah BMW 520i, Toyota Estima, Honda Accord dan Mini Cooper.

    Beliau berkata semua anggota terbabit digantung sementara tugas sehingga siasatan selesai.

    “Kami sedang siasat sejak bila mereka menggunakan kereta itu dan bagaimana mereka memperolehnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Mesin Komputer Perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini hari ini.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika sabit kesalahan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. - FMT
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...

    Similar Threads - anggota polis ditahan
    1. Net
      Replies:
      0
      Views:
      37
    2. Net
      Replies:
      0
      Views:
      64
    3. Net
      Replies:
      2
      Views:
      2,203
    4. Net
      Replies:
      1
      Views:
      1,827
    5. Net
      Replies:
      0
      Views:
      383

  4. JomHoneymoon

    Newbie

    Joined:
    Jan 17, 2017
    Messages:
    23
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    Banyak sumber abang polis ni..siap guna kereta mewah lagi tu
     

ibeli4u

Share This Page