Dalam Negara 2 jari putus dihempap besi penutup longkang cuba ambil dompet terjatuh

Discussion in 'Isu Semasa' started by Net, Apr 19, 2017.

Share This Page

  1. Net

    Net
    mod

    Joined:
    Feb 10, 2009
    Messages:
    16,439
    Likes Received:
    11
    Trophy Points:
    38
    Gender:
    Male
    Ratings:
    +15 / 0 / -0
    [​IMG]
    DUA jari mangsa yang putus akibat dihempap besi penutup longkang. FOTO ihsan bomba

    Kota Kinabalu: Pelajar lelaki putus dua jari tangan kanan akibat dihempap besi penutup longkang ketika cuma mengambil dompet miliknya yang terjatuh di dalam longkang besar di Taman Nelly, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kolombong, di sini, petang tadi.

    Mangsa berusia 15 tahun yang putus jari kelingking dan telunjuk dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2(HQE 2) untuk rawatan lanjut.

    Difahamkan, ketika kejadian dompet mangsa terjatuh ke dalam longkang besar dan meminta bantuan rakannya untuk membuka penutup longkong lalu dia mengambil dompetnya.

    Namun tiba-tiba besi penutup longkang itu terjatuh lalu menghempap jarinya sehingga jari kelingking dan telunjuk terputus.

    Pemangku Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mohd Zulfadli Usman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.56 petang daripada orang awam mengatakan tangan seorang remaja tersepit di besi penutup longkang.

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dihantar oleh orang awam ke HQE 2 dan anggota bomba kemudian mengutip jari berkenaan dan menyerahkan kepada kakitangan ambulans.

    "Siasatan awal mendapati mangsa dikatakan mengambil dompet miliknya yang terjatuh sebelum penutup besi longkang itu menghempap jarinya," katanya ketika dihubungi, hari ini. - Metro
     
  2. Ads Master

    Ratings:
    +0 / 0 / -0
     
  3. Loading...

    Similar Threads - jari putus dihempap
    1. Net
      Replies:
      0
      Views:
      28
    2. Net
      Replies:
      0
      Views:
      205
    3. Net
      Replies:
      0
      Views:
      1,015
    4. Net
      Replies:
      0
      Views:
      1,249
    5. Net
      Replies:
      0
      Views:
      550

  4. LadyGreen

    Newbie

    Joined:
    Apr 19, 2017
    Messages:
    20
    Likes Received:
    0
    Trophy Points:
    1
    Gender:
    Female
    Ratings:
    +0 / 0 / -0
    sesungguhnya,,,malang memang tak berbau.....
     

ibeli4u

Share This Page