Ruangan pengiklanan @ forum kini berbayar..

Sebelum ini, telah ramai yang berjaya membuat duit & mendapatkan jualan dengan hanya mempromosikan produk mereka di ruangan pengiklanan di forum wangcyber.com. Hasil yang diperolehi bukannya RM1 atau RM2… tetapi ada yang berjaya membuat jualan sehingga beribu-ribu ringgit dengan hanya mengiklan di ruangan tersebut. Contohnya seperti:-
- Tawaran Harga Istimewa -COOL ORDER BUTTONS!
- jom tengok logo ni?boleh tempah kalau berminat
- F2R Dah Tiba !!!
- Promosi Istimewa - ADSENSE !!!
- Ebook Cetak tshirt diskaun 50%-tawaran sah hingga 10.10.07(48jam)
Ini membuktikan ruangan iklan di forum wangcyber adalah merupakan sebuah tempat pengiklanan produk yang sungguh berkesan. Jadi… apa salahnya anda membayar sedikit caj untuk membolehkan “pasar” tempat anda meraih rezeki yang lumayan ini terus wujud?… ho! ho! ho!..
Jadi.. bermula 15 November 2007, ruangan “Pengiklanan & Pemasaran” di forum akan ditukarkan statusnya kepada ruangan berbayar.
Mulai 15/11/2007, setiap topik yang ingin dihasilkan diruangan pengiklanan akan dikenakan sedikit bayaran sebanyak USD 2.00 @ RM6.00, dan jika anda berhajat untuk menjadikan topik iklan anda “sticky” selama seminggu, just tambah USD3 @ RM9.00 sahaja lagi..
===================================
Prosedur Pengiklanan
===================================
Berikut adalah prosedur (langkah-langkah) membuat iklan di ruangan “pengiklanan & Pemasaran” di forum
1 - Anda perlu create terlebih dahulu topik & post anda di ruangan pengiklanan. (namun begitu, ia tidak akan dipaparkan kepada umum, ia perlukan kelulusan dari pihak admin)
2 - Selepas itu, sila buat bayaran sebanyak usd2 @ RM6.00 untuk iklan biasa, dan usd5 @ RM15.00 untuk iklan sticky. Bayaran boleh dibuat menerusi paypal ke admin[at]wangcyber.com. Atau, jika anda ingin membuat bayaran melalui maybank2u, sila buat bayaran ke akaun berikut:-
Maybank : 562021601450 - Extreme D Enterprise , selepas itu sila hantarkan bukti bayaran (maklumat transaksi) serta tajuk topik anda dengan menggunakan borang contact us disini.
3 - Selepas bayaran diterima, pihak admin akan menyemak iklan anda dan jika iklan anda tidak melanggar syarat pengiklanan, ia akan diluluskan dan akan mula dipaparkan kepada umum.
4 - Tetapi, jika iklan anda tidak diluluskan, wang anda akan dikembalikan.
===================================
Syarat-syarat Pengiklanan
===================================
1 - Topik Iklan yang dihasilkan mestilah tidak berkaitan dengan program HYIP, Skim Cepat Kaya, MLM Head Hunter, Program Resseller mengarut (seperti perigiduit) , Pelaburan Internet, Autosurf, Forced Matrix , Randomizer ataupun apa-apa program yang diragui kesahihannya.
2 - Tiada syarat post minimum diperlukan untuk membuka topik di ruangan ini.
3 - Dilarang membuka topik iklan yang menyentuh isu-isu yang menganggu ketenteraman awam seperti agama, perkauman, politik serta isu lucah.
4 - Bayaran pengiklanan perlulah dibuat di dalam masa 24 jam selepas anda membuat topik. Jika tidak, topik anda akan di padamkan tanpa sebarang notis.
Buat masa ini, itulah sahaja cara-cara serta syarat-syarat pengiklanan “topik” di forum wangcyber.com , info tambahan yang lain, akan dimasukkan dari semasa ke semasa. Jika ada sebarang pertanyaan, cadangan atau maklumbalas, sila nyatakan diruangan komen.
======================
Info Tambahan
======================
Ruangan “Perkhidmatan Bebas” adalah ruangan untuk mereka yang ingin mencari seseorang untuk membuatkan sesuatu tugas yang agak teknikal seperti membuat website, mencipta logo, merekabentuk logo, memasang program affiliate dan sebagainya. Ia adalah satu ruangan yang berkonsepkan “Want To Buy”…. dan bukannya “Want To Sell”.
Oleh itu, jika anda berhajat untuk menawarkan perkhidmatan anda (Want To Sell) anda perlu membuka topik di ruangan pengiklanan & pemasaran (kenalah caj sedikit).
Sekian.. selamat beriklan dan selamat menjana wang di “lubuk duit” wangcyber.com.
Wassalam.



hehehe.. dah berbayar.. apapun.. ia penting untuk kelangsungan WC.
kalau ada plugin yang memudahkan pembayaran, lagi bagus. ko just perlu accept atau reject jer iklan yang dikemukakan.. kalau ada plugin gitu ler..
alamak bro.. aku baru tempah logo dari cetakbaju tu.. bila bleh akses ruang iklan ni?
Shuth, kalau dalam RM berapa? sebab ada sesetengah tu tak ada Paypal. Untuk iklan banner tu camner?
Ok.. kalau dalam RM… iklan Biasa RM6 , iklan Sticky RM15.
Mcm mana pula dgn iklan2 sebelum ni Shuth? Adakah ia akan “disable” dan perlu dibuat bayaran juga?
Iklan sebelum ini akan berjalan seperti biasa, tidak di”disable”kan dan tidak perlu buat bayaran.
shuth, xmau wat iklan bsaiz skycraper kat side/ bar ke? musti charge baek pnyer la..
Bro,
Alahai…baru nak start promo free, dah start kena bayar…tapi takper la..kalau nak tambah wang kenalah keluarkan wang dulu kan bro? Betul tak..;)
Tapi saya cadangkan, sediakan ruangan tapisan daripada pihak WC terlebih dahulu, sama ada iklan kita tu approve atau tidak..kalau o.k baru buat payment…kalau dah approve tapi cancel last minute ‘blacklist’ je dari WC…amacam o.k ke Bro..?
rasanya shuth dah nyatakan akan tapis..
kalau ko tak disable shuth, maka ramailah yang akan guna thread lama untuk promote.. hehehe..
oleh itu aku cadangkan bagi tempoh sebulan dua sebelum tutup semua thread lama.. hihhi.. (mesti ramai marah aku bagi cadangan gini)
bagus juga cadangan tu… terima kasih. ho! ho! ho!..
hehehe.. aku tau ko akan setuju..
Want To Buy tu pun ada ‘hole’ dia.. fikir-fikirkan..
Laa.. smlm masa singgah langsung tak boleh bukak, ingatkan tutup terus hehe. Ok Shuth, kos tu utk brp lama ? seminggu ke atau sekali je ke atau kena renew selepas sebulan ke ? tak faham ni.
Tujuan fee ni adalah nak help the forum up. Kalau ada orang nak use the loophole..tak tahu lah tu.
Apalah salahnya sumbangkan sikit kembali kepada forum n i kalau ada orang beli..dapat untung kan. So kena fikir dua tiga kali ..kalau nak posting..
Alahai..dah kena bayar la plak..
x per la..lain kali je la iklan kat sini..
kelakar…bukak thread pon kena bayar..ha..ha..
Betul tu azlan.. tujuan berbayar tu untuk fund hayat forum nie. Kalau nak cari hole memang ada je. Saya pun sebenarnya bukanlah nak buat undang2 strict sangat.. tapi apa salahnya “menyumbang paksa” sedikit kepada forum. ( Maklumlah kalau nak harap sumbangan sukarela boleh kira berapa kerat je yang sudi.. kadang2 saya rasa terkilan juga melihat perkara ini. Baru saya tahu mana yang betul2 sanggup susah & senang memperjuangkan forum ini…)
Berkenaan “kelakar bukak thread pon kena bayar”.. tak apala… ia bergantung kepada bagaimana anda melihat sesuatu itu.. (jangan terkejut jikalau ia menjadi trend, perkara ini sudah lama dilakukan oleh website perkahwinan.com.my & wanitamelayu.com)
Orang yang niaga kat pasar malam.. kenalah bayar yuran skit..
Orang yang niaga tepi jalan pasang meja & payung tak perlu bayar apa2..
Ikutlah mana yang anda suka.. aiman tak kisah.
OOO…kalau macam tu ok la..
Lupa nak jawap soalan lynn. Bayaran tu sekali je untuk selamanya. Takde had masa dan tak perlu renew2.. bayaran dikira untuk 1 topik..
terima kasih shuth. yer dah lama saya nak iklan bisnes-bisnes saya ni cuba tertangguh jer.. nanti saya bayar sekali utk banner.. cop 2 utk banner yer hehe.. kt forum saya pun kena bayaran sbb byk urusan dlmn kita kena jaga dan betul kata shuth, bukan sbb nak utg tp utk kebajikan forum. saya dah jg wanitaniaga ni, taulah mcm mana hehe.. mmm saya rasa lah shuth 2USD tu terlalu murah sbnrnya… niatkan sedeqah ajer la.. moga terus success WC!
kak lyn >> usd2 tu untuk topik je.. iklan banner tak termasuk. rate iklan banner akan di umumkan minggu depan.
kalau nak ikutkan usd2 tu memang murah sangat.. forum wanitamelayu caj RM30 untuk satu topik untuk 1 bulan.. lagi mahal.
so.. saya buat murah je.. bukan nak untung sangat pun.. just nak cari sedikit fund untuk tampung kos server.. takkan nak meminta-minta (donation) sepanjang masa? not my style la..
itu pun orang cakap kelaka.. nak buat macam mana.. takperla..
hehehe.. pelan2 shuth.. restructure rate untuk iklan 3/6 bulan sekali ke…
aku menyokong penuh pengkomersialan ini.
oklah..saya sokong cadangan ni lepas baca pasal alkesah kos dedicated server..
Untuk komen TheReds, sebenarnya tak kelakar pun style ni. Benda ni penting untuk elakkan SPAM, produk yang illegal, penjual yg bawak duit dan lari, dan macam2 lagi kerenah.
Pandangan saya, beza forum warrior dan DP, forum warrior ada thread berbayar. Kesannya, cuma produk TERbaik dan TERmurah saja yang dijual. Di DP, peratusan untuk ditipu agak tinggi juga (Ye2,kat mana2 pun ada jugak kan?)
P.S, cadangan saya, tambahkan syarat lagi En.Shuth. Pengiklan mesti beri No.IC, Nama Penuh dan Alamat rumah (untuk simpanan Admin, bukan untuk paparan umum). Cuma untuk berjaga2.
Cadangan lain (saje nk kasi penuh komen):
Namakan sistem ni.. WCSO??? WangCyber Special Offer?? Ahakz.. ;p
ok shuth yg tu akak dah fhm dah, rate berbeza. so kena tunggu la rate baru utk banner baru leh bayar.. ingatkan nak tranfser dah ni.
yup psl details peniaga/pengiklan mmg wajib admin simpan, demi keselamatan dan langkah berjaga2, jika ada apa2 berlaku kita ada maklumat mrk utk dihubungi. saya sendiri dah laksanakan. sediakan payung sblm hujan.
Baguslah dah ada bayaran…sebab kadang-kadang iklan tu macam terlampau banyak bagi satu-satu individu tu… tambah pulak affiliate… pada pendapat saya memang wajar..
salam
shuth,saya dah ade satu post kat dalam ruangan pengiklanan tu.Macam mana kalau saya nak letak lagi dan bayar?atau saya hanya perlu tambah usd5 untuk jadikannya sticky?atau perlu add usd3 je?
erm..minat gak nak iklan ni..:)
lagi USD5 saya akan kasi kat WC fund:)
Ok.. kalau dah ada topik, then nak jadikan dia sticky selama seminggu.. just add USD3 je..
ok..saya nak jadikan sticky:)saya bayar usd3.ok?:)
charge murah je ni, amat brbaloi.. saya dah bayar kpd WC.
apa maksud sticky?
Sticky bermaksud.. topik anda akan kekal berada di bahagian atas dan tidak akan ditenggelamkan oleh topik-topik yang lain.
pembetulan..wanitamelayu.com RM 30 for 3 months…marah empunya forum nanti…
..anyway bagus juga berbayar..adalah peluang sy nak mengiklan..sebelum ni (dah lama tak kesini)..sy baca cuma forumer yg ada bilangan post tertentu je yg boleh mengiklan..skang ni dah ada offer berbayar ok juga..
kalau nak buat iklan kawalan serangga dalam forum ini boleh tak? Ada tak syarat ketat yang perlu dipatuhi?
Ok. Dah bayar untuk buka thread kat ruang pengiklanan. Thread pun dah hantar. Harap approved.
PAID already for the new thread open.
insyAllah ada rezeki tu tak ke mana.. keep a good work!
tq
dah bayar kat Paypal.. arap2 approve la yer..time kasih
Hurm…Bayaran RM6 untuk bulanan atau sekali bayar??Harap jawab..saya berminat..TQ
Rezolles >> bayaran hanyalah untuk sekali sahaja. Kira macam duit tol untuk buka topik.
Bank CIMB ada tak?
dah buat bayaran ke paypal, brapa lama kena tunggu utk approval?
Salam..
bro shut Bank Islam tak ada ke? nak bayar antara Bank Islam dengan Maybank mengambil masa antara 2-3 hari baru masuk akaun Maybank.
masih menunggu jawapan.
Untuk Bank Islam, leh pakai akaun ni..
Bank Islam :
12029020241421
- Mohd Suhaimy Abu Bakar
Kata ahli WC free. saya cuba buat iklan kat sini tapi tak keluar pun.
saya dah bayar untuk iklan terbaru saya
tahniah WangCyber.com!
tahniah si ‘pemula’nya, Shuth!
semoga WangCyber.com akan terus maju jaya dengan segala apa usaha yang diperusahakan… hanya ALLAH yang mampu membalas kesemua usaha murni anda kesemuanya…
saya baru mahu cuba untuk berjinak-jinak dengan sistem pengiklanan ini, jadi, saya ada beberapa soalan:
1. seperti jawapan Shuth kepada lynn dan yang lain… bermakna, bayaran sekali itu adalah untuk iklan pada thread yang akan disiarkan selamamana WangCyber.com bertapak lah ya… dan bila-bila masa boleh lakukan addition bayaran untuk jadikannya sticky?
2. jika pertama kali (atau berulang kali) thread iklan itu diletakkan pada ruangan sticky… setelah habis tempoh seminggu itu… ia seterusnya akan diletakkan sebaris seperti thread-thread yang biasa. adakah sebegitu?
maaflah, jika saya banyak bersoal kali ini…
mana button buy dia shuth
Payment send via Paypal untuk WTS Sticky selama sebulan. Thanks.
iklan sticky RM 15 tu utk selamanya atau utk tempoh tertentu saje?
[...] lah. WTS : Pengiklanan & Pemasaran - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia wangcyber.com Ruangan pengiklanan @ forum kini berbayar.. Sila hubungi shuth untuk tempahan iklan. __________________ | 7 Tip Blogging Percuma | Nak Buat [...]
erm..sekarang dah berbayar la plak..
baru jer nak letak iklan..
Shuth… nak tanya…
kalau dah ada orang iklan produk A (yang ada affiliate), adakah kita juga boleh iklankan produk A tu juga; di masa yang lain? (dengan link affiliate kita pula; mungkin… dengan pendekatan pengiklanan yang berbeza daripada orang pertama tu…)
misalnya, produk VideoUsahawan.com yang baru dilancarkan…
alamak terlupa nak baca ni dulu
Aku teringin nak try iklan kat situ…
Shuth… saya nak buat payment untuk satu lagi sticky thread ya… nanti sudah, saya PM Shuth about the details.
Salam, saya dah buat thread untuk pengiklanan semalam. Biasa nya Admin akan bagi maklumbalas dalam tempoh berapa lama?
Hi
I have a question, Who moderated the forum?
You can get it icq
Hello How i can post images here ?
I try upload it, but something wrong.
Saya amat berminat dengan ruangan ini… dapat jugak saya cari market untuk produk saya yang amat berkuasa untuk kereta dan poket anda… bagi tahu cara dan kos terlibat yek… tq
mcm mana pulak kalau iklan aku kat stiker dah habis tempoh seminggu..
kena bayar balik Rm15 ke?
can i know how to subscribe advertise in here in english? i’m not understand malaysian language well.
[...] peraturan die.. Setiap forum ade peraturan berbeza.. Macam mane nak pindahkan tu, bace yang ni wangcyber.com Ruangan pengiklanan @ forum kini berbayar.. Harap ini membantu __________________ If You find this post is useful, dare to give me the [...]