Iklan Banner @ WC!

Ya!.. setelah hampir 2 minggu pengiklanan banner di wangcyber.com di tutup. Kini ia dibuka semula!. Bagi mereka yang tertunggu-tunggu untuk meletakkan iklan banner di website wangcyber.com, sudah pastinya ini adalah berita gembira buat anda!. Sebelum itu, sedikit info mengenai wangcyber.com untuk mereka yang berminat membeli ruangan iklan “banner” di forum wangcyber.com ini.
========================
Fakta Mengenai Wangcyber.com
========================
1) Wangcyber.com adalah sebuah website komuniti yang menjurus kepada bidang “perniagaan internet & buat duit online secara sah!”.
2) Bilangan ahli wangcyber.com kini sudah menjangkau 3,500 orang ahli berdaftar dengan 20% daripadanya adalah merupakan ahli aktif. Bilangan ini pula, semakin bertambah dari sehari ke sehari.
3) Secara puratanya, website wangcyber.com menerima sehingga 15,000 orang pelawat unik setiap bulan. Dibawah adalah statistik pelawat wangcyber.com sehingga bulan October 2007, (bulan Nov 2007 pindah server..).

4) Seramai 86% pelawat & ahli wangcyber.com adalah merupakan golongan yang berumur antara 18-35 tahun. Apa yang lebih penting, mereka sudah mempunyai akaun bank sendiri, mempunyai kuasa membeli yang tinggi , serta tahu & sering membeli-belah secara online.

========================
Kadar & Format Iklan Banner
========================
Buat masa ini, wangcyber.com hanya menawarkan satu format iklan banner sahaja.
- Saiz banner : 180 x 60 piksel
- Posisi iklan : dibahagian sisi sebelah kiri (sidebar) forum.
- Kadar iklan : USD7 @ RM21 seminggu
- Imej Banner : Disediakan oleh pihak anda (pembeli iklan). Jika anda tiada banner sendiri dan mahu pihak wangcyber.com menghasilkan banner iklan yang ringkas untuk anda. Caj tambahan sebanyak USD3 @ RM9 akan dikenakan.
========================
Syarat-syarat Iklan
========================
Berikut adalah syarat-syarat pengiklanan di wangcyber.com
- Iklan-iklan yang berkaitan dengan skim cepat kaya, pelaburan haram, hyip, forced matrix, MLM Head Hunting, autosurf, randomizer, program reseller serta website-website yang mendatangkan keraguan dan was-was mengenai kesahihannya (sama ada dari segi pemilik @ produk yang ditawarkan) tidak akan dibenarkan.
- Tarikh pengiraan iklan adalah dari tarikh ia diletakkan bukan dari tarikh pembayaran dibuat.
- Pihak kami berhak menamatkan iklan anda jika di dapati website anda melanggar syarat-syarat pengiklanan tanpa sebarang notis, dan wang anda tidak akan dikembalikan.

Selamat beriklan dan selamat menarik trafik yang berpusu-pusu ke website anda.
Sekian, terima kasih


slmt pg shuth,
boleh saya tahu iklan berbayar ini akan diletak di sidebar kiri atas ke bawah?
han
Assalamualaikum…
Saya berminat untuk membuat pengiklanan di sini. Saya menjual rahsia yang langsung tak der kaitan dengan Matrix, Forex, MLM, Auto (Auta) Downline dan sebagainya.. Ianya adalah terbaru dan berdaftar dengan SSM dan Harta Intelek…
Bolehkan saya membuat pengiklanan ???
wah! da makin bertambah harganye.
pape pn, pengiklanan kat cni mmg sukses..
congratz shuth
Boleh cuba ni . . .
Adakah blog sy seperti dibenarkan sewa iklan?
http://khairilhusni.blogmas.com
kharil >> tiada masalah. boleh saja kalau berminat untuk mengiklankan blog anda itu.
Kalau nak renew tak dapat discount ker?
En Shuth,
Kalau blog mengenai forex buleh ke? http://www.elliottwavesignal.com.
kalau buleh saya berminat untuk booking satu spot
Saya nak tahu samada boleh tak advertise company saya (hosting & domain registration services) di sini?
Salam sejahtera!!
saya ingin membuat perlancaran ebook saya melalui lamanweb saya ni .
terima ksaih
saya berminat untuk membuat pengiklanan … adakah web saya dibenarkan
kalau nak langgan setahun macam maner harganya..
Salam moderator,
Iklan x tempoh berpakej bg WC300 member?
Ex.
1 week - RM7
2 weeks - RM13
1 month - RM25
saya nak buat iklan banner dari 22/2/08 hingga 3/3/08 ni - nak tahu ad space tak untk saya hari itu. kalau ya, bila sya boleh submit ad
berapa lamer iklan nak apporove dan boleh adv
Link untuk banner takde, boleh saya bagi script dia? macamane nak email?
macamane nak iklan kat cni?
salam hormat.
saya berminat nak tempah/letak iklan di wc.com.tapi saya tak ada url banner hanya ada url laman web.jadi boleh ker pihak wc.com bina kan banner(url) yg ringkas untuk saya? sebagaimana yg di nyatakan pada kadar & format iklan banner wc.com
harap dapat bantu.
sekian,terima kasih.
yg benar.
nik(mznik).
wassalam.