Membuat e-book?Software ni mungkin membantu saudara
Apa itu PDF Creator?
PDF Creator adalah perisian utiliti sumber terbuka yang membolehkan anda menukar fail anda kepada format PDF.Denga PDF creator,anda boleh membuat imej dari dokumen anda,menggabungkan dokumen dan banyak lagi
Apa yang anda boleh buat dengan PDF Creator?
• Membuat e-book
Salah satu produk yang terkenal di pasaran buat masa ini adalah e-book. Anda boleh membuat e-book anda dengan memilih fungsi print dan untuk langkah keselamatan, anda juga boleh meletakkan kata laluan (password) dan anda juga boleh set supaya pengguna hanya boleh print sahaja dan tidak boleh copy & paste e-book anda.
• Membuat brochure
Brochure anda lebih menarik jika menggunakan format PDF. Dokumen anda kelihatan lebih kemas dan yang paling penting cetakan format PDF adalah lebih baik dari dokumen biasa. Sebab itu juga anda perlu perisian percuma ini untuk menukarkan kepada PDF.
• Format standard dokumen
Pernah tak anda alami masalah setting tulis “lari”.Ini disebabkan perisian yang anda gunakan dan perisian membuka dokumen tersebut tidak standard.Katakan anda menggunakan Lotus Word Pro dan anda menghantar dokumen dalam format *.doc.
Rakan anda membuka dokumen tersebut menggunakan Open Office.Segala format yang anda letakkan akan jadi tidak selari dengan apa yang anda buat.
Dengan menukar kepada PDF,format ini boleh dibuka dengan Adobe Acrobat (Contohnya).Semua dokumen anda telah ditukar kepada format PDF dan tiada masalah setting lagi.Anda tidak perlu edit & betulkan perenggan yang “lari” tersebut.Anda boleh buka dan terus print dokumen yang anda telah tukarkan kepada PDF tadi.
Ciri menarik PDF Creator
• menukar fail kepada format PDF,Postscript (PS),Encapsulated Postscript (EPS),dan gambar (PNG, JPEG, BMP, PCX, & TIFF)
• Menggabungkan beberapa dokumen dalam satu PDF
• Menggunakan kata laluan (password) sehingga 128 bit pada dokumen PDF anda
Cara menukar ke format PDF
• Buka dokumen anda
• buat pilihan untuk print (cetak) dan pilih PDF Creator sebagai printer anda.
• Tunggu beberapa saat dan masukkan Dokumen Title: (Sekiranya anda mahu) dan maklumat lain jika perlu.
• Pilih butang "Save" dan letakkan lokasi dimana anda mahu dokumen ini disimpan.
Anda telah berjaya menukar dokumen anda kepada PDF.
Meletakkan kata laluan (password) pada fail PDF
Fungsi ini sangat sesuai bagi anda yang perlukan ciri keselamatan.
Perisian percuma ini dilengkapi dengan encryption.
Langkah meletakkan password pada PDF:-
• Buka dokumen anda
• buat pilihan untuk print (cetak) dan pilih PDF Creator sebagai printer anda.
• Tunggu beberapa saat dan masukkan Dokumen Title: (Sekiranya anda mahu) dan maklumat lain jika perlu.
• Perhatikan butang “Options” dan pilih format PDF dan pilih “Security” dan set samada untuk tidak membenarkan print, open dan pelbagai lagi pilihan.Anda juga boleh meletakkan password jika mahu
• Tekan butang “save” dan “save” sekali lagi untuk meletakkan lokasi dimana anda mahu dokumen ini disimpan.
• Masukkan kata laluan sekiranya anda pilih untuk meletakkan password pada dokumen anda dan tekan save.
Ada pelbagai lagi koleksi Perisian Percuma yang terkandung di dalam CD Perisian Terbuka dan Percuma yang boleh anda
dapatkan di sini