Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 30
  1. #1
    Normal Member Imo Imora's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Pontian, Johor
    Posts
    456
    Thanks
    1
    Thanked 10 Times in 7 Posts

    Post Google Minat Melabur Di Malaysia



    Daripada: OTHMAN MOHAMAD

    DAVOS 26 Jan. – Google Inc, syarikat gergasi enjin carian Internet, telah memulakan perbincangan dengan Multimedia Development Corporation (MDEC) dalam usaha untuk mewujudkan pangkalannya di Malaysia.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Google berminat untuk melabur di Malaysia memandangkan terdapat prasarana cukup dan kedudukan geografi yang strategik.

    ‘‘Malah, rancangan-rancangan masa depan teknologi komunikasi maklumat (ICT) kita boleh membantu pembangunan Google mewujudkan pangkalan mereka di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.

    Terdahulu, Abdullah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt di luar mesyuarat tahunan WEF.

    Selain itu, kata Abdullah, Google menyatakan puas hati dengan kadar peningkatan pengguna Google di Malaysia yang merupakan yang tertinggi berbanding di negara-negara rantau Asia Tenggara.

    Abdullah berkata, Google juga berharap kemudahan-kemudahan yang disediakan kelak juga akan dapat dimanfaatkan oleh negara.

    Google Inc merupakan sebuah syarikat awam dan enjin gelintar (carian) Amerika Syarikat, yang pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998.

    Setakat 30 September 2006, syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 9,378 orang pekerja sepenuh masa.

    Penyenaraian awam Google dibuat pada 24 Oktober 2004 dan syarikat itu kemudiannya mencapai nilai hampir RM76 bilion.

    Melalui beberapa pembangunan produk baru, pengambilalihan dan perkongsian, Google berkembang daripada syarikat enjin pencarian serta pengiklanan kepada bidang-bidang lain termasuk e-mel, laman web, pemetaan dalam talian dan produktiviti pejabat.

    Di Asia, Google mempunyai pejabat di China, Hong Kong, India, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

    Kemudahan carian dan cara mudah menggunakannya menjadikan Google antara jenama yang paling terkemuka dan sebagai satu perniagaan, Google menjana pendapatan dengan menyediakan pengiklanan melalui Internet yang menjimatkan kos bagi para pengiklan.

    Mengenai WEF 2008, Abdullah berpendapat forum itu telah membuktikan ia bersedia menjadikan topik-topik perbincangan berasaskan daripada perkembangan yang berlaku di dunia.

    Sebelum ini, katanya, isu hangat iaitu kemelesetan ekonomi yang pernah melanda Amerika tidak dijadikan sebagai tajuk perbincangan, tetapi kini sudah pun menjadi perkara yang ditimbulkan di kalangan peserta.

    ‘‘Jadi ia menjadi forum yang cukup responsif kepada apa juga perkembangan yang berkaitan ekonomi mahupun politik. Selain itu bilangan yang datang begitu ramai dan ia memberi kesempatan kepada banyak pihak untuk berbincang secara dua hala - sesama pemimpin kerajaan tetapi juga dengan ketua-ketua syarikat besar di dunia,” katanya.

    Sementara itu, Abdullah serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis yang juga berada di sini, telah mengambil kesempatan sempena mesyuarat tahunan WEF bagi mempromosikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) selama lima hari mulai 18 Mei ini di Kuala Lumpur.

    ‘‘Sambutannya baik. Datuk Seri Jamaludin dan para pegawai MDEC mengambil peluang bertemu banyak pihak semasa di sini,” jelasnya.

    – Mingguan

    Sumber: Utusan

    Apakah kesannya pada perniagaan internet di Malaysia? Jom bincangkan .
    <a href="http://www.superslideup.com/index.php?ref=promosifb" target="_blank"><img src="http://www.superslideup.com/images/banner468x60.gif"></a>

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Active Member titaniumhijau's Avatar
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    Damak
    Posts
    2,469
    Thanks
    21
    Thanked 33 Times in 15 Posts

    Default

    aku ada baca paper mingguan pagi tadi..ehm..nampak cam menarik. Mesti sebab ramai orang malaysia join adsense nih. Hehe..bukan sebab pakai search engine diorang kot..

  4. #3
    Normal Member Imo Imora's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Pontian, Johor
    Posts
    456
    Thanks
    1
    Thanked 10 Times in 7 Posts

    Post

    Yap saya pun rasa camtu jugak la. Disebabkan adsense ni. Malaysia kan top 1 pengamal adsense (eceh pengamal.. he2).
    <a href="http://www.superslideup.com/index.php?ref=promosifb" target="_blank"><img src="http://www.superslideup.com/images/banner468x60.gif"></a>

  5. #4
    Active Member baem's Avatar
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Kuala Lumpur, Malaysia
    Posts
    1,103
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 3 Posts

    Default :D

    kalau yerlah apa yang dikata...

    aku nk mintak keje ngn GOOGLE sbb aku pernah tgk dlm net opis dia dekat US dh mcm funfair..

    best gilerrr....
    Lifetime Experience Dari Banker Kepada Anda - Tips Beli Rumah

  6. #5
    WC Premium reezluv's Avatar
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    ee-poh
    Posts
    3,990
    Thanks
    72
    Thanked 154 Times in 68 Posts

    Default

    erm..semoga aku dapat tgk office yang besar ade kat Malaysia ni dan boleh la kita buat lawatan smbil belajar nanti..hehe..Yahoo takde ke?nape Google sahaja?

  7. #6
    WC Premium mohdhilmi.com's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    http://www.hil.my
    Posts
    1,819
    Thanks
    38
    Thanked 31 Times in 19 Posts

    Default

    reezluv, yahoo di Malaysia org kita jarang "terokai"..

    macam pak cik GooGle, org Malaysia ni 'pengamal' adsense..

    saya rasa, sbb ni lah pakcik Google pilih Malaysia.. Bukan sahaja ramai dah kenal google, tapi dah mendatangkan income pada rakyat Malaysia.. mcm kawan kita, syed ikhwan

  8. #7
    WC Premium ikram84's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Posts
    1,102
    Thanks
    4
    Thanked 19 Times in 16 Posts

    Default

    huhuhuh... silap-silap nanti ada kena banned pulak kerana adsense... cuba kita tengok banyak gila e-book bahasa malaysia mengenai adsense... harap-harap jangan lah yerk

  9. #8
    Normal Member mysinar's Avatar
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Johor Bahru
    Posts
    266
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Aku pun dah baca kat paper kenyataan google nak melabur di Malaysia nie.. sounds look good.. aku rasa sesapa yang kena ban boleh "settle tepi" huhuhu. .. lepas nie "GOOGLE LOVE MALAYSIA" lah...
    ~~ Beradsense Cara Mudah, Selamat & Untung ~~

    PM Saya

  10. #9
    Normal Member starline's Avatar
    Join Date
    Jan 2007
    Posts
    280
    Thanks
    4
    Thanked 20 Times in 6 Posts

    Default

    Google dah nampak market kat Malaysia ni cerah.Sebab ramai pakai Adsense.Diorang untung kita pun untung jugak.Sama2 untung.

  11. #10
    Normal Member
    Join Date
    May 2007
    Posts
    289
    Thanks
    1
    Thanked 62 Times in 21 Posts

    Default

    lps ni tak payah ambik duit guna Western Union. boleh terus pegi ambik kat ofis Google.

Page 1 of 3 123 LastLast

Similar Threads

  1. Awas Blogger Malaysia!
    By Farizal Hassim in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 41
    Last Post: 05-01-2008, 11:00 AM
  2. Replies: 11
    Last Post: 04-15-2008, 10:24 AM
  3. Google hacks!
    By khairilz in forum Pembangunan Web
    Replies: 9
    Last Post: 02-23-2008, 10:14 PM
  4. What to be choose? Google, yahoo or both?
    By inspiration in forum Sembang Umum
    Replies: 7
    Last Post: 01-31-2008, 09:44 AM
  5. Tawaran Fikri's Pre Launch Buat Rakyat Malaysia Yang Ku Cintai!
    By taiping_online in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 8
    Last Post: 11-13-2007, 05:36 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •