Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 12
Bookmark and Share

Thread: Bagaimana Cara Menarik Minat Golongan 40an Bergiat Dalam Perniagaan Internet

  1. #1
    WC Premium
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    Pearl Of The Orient
    Posts
    901
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 1 Post

    Thumbs up Bagaimana Cara Menarik Minat Golongan 40an Bergiat Dalam Perniagaan Internet



    Asallamualaikum!

    Salam hormat dan sejahtera kepada member-member ruangan forum yang paling tersohor diabad ini.
    Pertama sekali saya amat berharap agar penampilan saya kali ini akan diterima oleh "Forum Leader" dan penulisan saya ini tidak kena pukulan " nockout",mudaha-mudahan insyaallah.
    Saya ada terbaca diruangan komen seorang sahabat dalam komennya tentang golongan 40an VS 20an.
    Cerita ini berkisar tajuk mengapa tiada golongan umur 40an yang terlibat secara aktif dalam perniagaan Internet yang hangat sekarang ini. Dalam subjek ini ada pro dan kontra.
    Oleh sebab itulah saya terpanggil untuk membicarakan cerita ini dan berkongsi idea dengan anda bagaimana boleh kita menarik atau menanam minat mereka dalam perniagaan ini.
    Sebelum itu, ada baiknya kalau saya garapkan tentang diri saya dahulu kerana saya juga adalah seseorang yang berusia dalam 40an dan pada julai 2008 ini genaplah umur saya 40 tahun ( muda lagi kot-live begin at 40yr ).
    Saya adalah seorang anggota tentera dalam perkhidmatan udara dan telah berkhidmat selama 24 tahun ( kerana saya mula menyertai perantis putera pada usia 16 Tahun).
    Saya memiliki " Diploma Of Nursing care dari Medical And Dental School, Malacca". Setelah tamat belajar saya memulakan kerjaya sebagai "Medical Asisstant" sehingga kini. Pernah berkhidmat diluar Negara di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu ( PBB ) dan ( NATO ) seperti di Bosnia Herzegovina, Itali, Yuguslavia, Croatia dan Negara-negara Eropah.
    Baik berbalik kepada topik kita tadi, berbagai tohmahan dan pendapat yang saya dengar dan baca kenapa?, mengapa? sebab apa?, golongan umur seperti saya amat jarang ( ada la tapi tak ramai) yang terlibat dalam perniagaan Internet walhal sebenarnya perniagaan Internet ini betul-betul wujud dan boleh mendatangkan keuntungan yang besar jika di buat dengan betul dan mengikut panduan serta bersungguh-sungguh.
    Pernah tak anda dengar tentang kumpulan penyanyi di era 80an, seperti Alleycat, Blackdog Bone dan ramai lagi.Itulah era zaman kegemilangan kami golongan 40an.
    Sebenarnya ramai golongan di era ini masih lagi mengalami trauma dan mimpi ngeri tentang skim-skim sebegini,pada zaman itu tiada kemudahan secanggih ini , yang ada hanyalah mesin taip mana nak cari komputer time tu.
    Zaman itu juga wujud perniagaan seperti yang diwujudkan kini di Internet , cuma kaedahnya saya yang berbeza dan menggunakan cara manual.
    Apa yang saya maksudkan adalah pada zaman itu wujud pelaburan seperti PAK MAN TELO, SKIM 150, SKIM 350, SKIM 750 DAN PLATINUM serta banyak lagi.
    Anda mungkin belum dilahirkan lagi pada masa itu dan mendengar segalanya melalui ibubapa atau orang-orang tua.
    Ramai di kalangan penduduk sekitar utara tanahair terlibatdan memang pada mulanya rata-rata dikalangan kami yang melabur menjadi jutawan segera kalau tak pun memang hidup senang lenang,mampu membeli kereta mewah, berbelanja wow tak terkata mewahnya.
    Tetapi itu hanya bersifat sementara sahaja apabila tup-tup tokey lari dan kena gam dengan gomen ( kerajaan ).Putih mata , mula la ada yang jadi gila pun ada (ini kisah benar), apa tidaknya lumrah manusi tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Saya sendiri pernah menjana sehingga RM30 ribu tak sampai pun 1 tahun, bayangkan nilai RM30 ribu pada ketika itu,fulamak kaya gilerrrrr?
    Kerana nak lagi tambah kaya kami labur lagi lepas tu mulalah segala impian hanya tinggal impian. Saya masih bernasib baik kerana mempunyai pekerjaan dan gaji tetap, jadilah lah terasa sangat. Bagi mereka yang tak punya pekerjaan tetap dan semata-mata harapkan wang tersebut cam na. Saya yakin kalau anda pun dilahirkan ketika sure punya anda pun akan melabur. Rabun mata beb! tengok kawan-kawan hidup senang walaupun seketika cuma.
    Jadi inilah igauan dan mimpi ngeri yang tak dapat di padamkan dari memori kami yang berusia 40an.
    Walaubagaimana pun saya berjaya menghakis perasaan itu dan saya mengkaji sebelum terlibat dalam perniagaan Internet masa kini. Tapi bagaimana dengan rakan-rakan yang lain, mereka masih lagi tak percaya kesahihan menjana wang di Internet, kekadang mereka memperlekehkan saya, apa nak buat dah nasib.
    Kesimpulanya tujuan saya menulis disini adalah untuk mengajak anda semua memberi buah fikiran dan idea yang bernas bagaimana untuk menarik minat golongan ini dan bagi memeriahkan perniagaan ini dimuka bumi Malaysia .
    Sila beri komen yang bernas dan dapat membantu??"??

    Jumpa lagi,

    Salam > jo -jo - johari ( JOM PI PEKENA BIHUN SUP GEAR BOX PENANG)

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Normal Member
    Join Date
    Jan 2007
    Posts
    257
    Thanks
    4
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default pandangan saya...

    Saudara telah masuk satu forum yang selamat untuk belajar bisnes internet.Sebab di sini boleh belajar ilmu bisnes internet dengan otai2 IM.Memang banyak beza bisnes internet dengan pelaburan internet.Selalunya pelaburan internet ni tipu.Indah kabar dari rupa yang sebenarnya memang buruk dan jijik.

    Pelaburan internet ni dah banyak rosakkan nama baik bisnes internet yang sememangnya sah.Nila setitk rosak susu sebelanga.

    Bagi saya kalau nak tarik dengan pendidikan.Maksud saya dengan diberi ilmu tentang bisnes internet ni dengan tepat,lengkap dan mudah diikuti.Selalu la join Wang Cyber sebab banyak ilmu ada di sini.

    Bisnes apa pun ada risikonya dan tiada had umur untuk sertai cuma sanggup atau tidak hadapi risiko.Itu saja.

  4. #3
    WC Premium
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    ee-poh
    Posts
    3,909
    Thanks
    63
    Thanked 75 Times in 45 Posts

    Default

    erm..memang Malaysian kebanyakkannya telah dikaburi dengan senario serta persepsi yang berbeza mengenai perniagaan internet.Topik ini hangat dibincangkan di forum ini suatu ketika dahulu dan ramai yang sudah mula menyedari dan pelbagai usaha telah dibuat untuk menyedarkan masyarakat akan perbezaan antara pelaburan internet dan perniagaan internet..

    bile berkata mengenai perniagaan internet ramai yang kata.."Erm..bisnes ape ko masuk?Forex?Em-pay?Prepaid?MLM?Aku bisnes Forex je"

    bagi saya itu bukanlah bisnes..tetapi adalah program atau kaedah yang digunakan untuk mendapatkan duit..sama ada secara sah atau pun yang berupa scam dan MLM yang bukan pure MLM..

    bisnes bagi perniagaan internet adalah seseorang itu mengetengahkan servis atau produknya dan kemudian dijual melalui internet yang mana segala usaha dan sumber produk atau servis tersebut adalah melalui individu itu sendiri bukan?

  5. #4
    WC Premium
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Fast Shipping www.shahraduan.com
    Posts
    1,092
    Thanks
    0
    Thanked 5 Times in 4 Posts

    Talking

    Relex lah JOHARI...dia org perlekeh sebab dia org tak tahu...yg tahu mengata org ja..

    Macam gak sepupu aku ni haa...dok perlekeh aku tak sudah-sudah..aku buat bodo jerk..kalau dapat duit diam jerk..

    memang pahit lah skit buat bisness internet ni...sebab dia org tu tak nampak. Selagi tak ada perubahan pada diri kita selagi tulah kita akan dikutuk oleh kawan2/ sedara mara.

    Tapi tiba2 hang boleh Beli BMW sebijik ker...barulah terbeliak mcm nak terkeluar biji mata...ahahahha

    BIASALAH ORG MELAYU***

    Hyprobulksms


  6. #5
    WC Premium
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Putrajaya
    Posts
    417
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    bila sebut pak man telo, saya teringat masa saya sekolah rendah. saya pun x berapa igt sgt apa yg saya fikirkan masa tu perihal pak man telo. seingat saya paper utusan highlight pak man telo dah dah kena tangkap.

    x lama lepas tu ada plak 2 org pelawak gelarkan mereka pak man telo. sy x lah berapa arif sgt masa tu pasal skim cepat kaya ni. jadi, sy ingatkan pak man telo dah dibebaskan dr penjara. lalu menjadi pelawak di kaca tv... dlm fikiran sy masa tu cuma terfikir, kenapa kejap sangat kena penjara.... hehehe...

    sy percaya, bukan bangsa melayu je yg nak cepat kaya. bangsa² lain pun yg ada masalah duit mesti terperangkap dlm skim2 cepat kaya.

    sy percaya, skg ni ramai yg dah sedar perihal skim cepat kaya, ponzi dan lain2...
    Ini belog saya. Belog saya ini belog manja: http://www.brekkejap.com/

  7. #6
    WC Premium
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    SEPANG
    Posts
    190
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by usahawanebay View Post
    Relex lah JOHARI...dia org perlekeh sebab dia org tak tahu...yg tahu mengata org ja..

    Macam gak sepupu aku ni haa...dok perlekeh aku tak sudah-sudah..aku buat bodo jerk..kalau dapat duit diam jerk..

    memang pahit lah skit buat bisness internet ni...sebab dia org tu tak nampak. Selagi tak ada perubahan pada diri kita selagi tulah kita akan dikutuk oleh kawan2/ sedara mara.

    Tapi tiba2 hang boleh Beli BMW sebijik ker...barulah terbeliak mcm nak terkeluar biji mata...ahahahha

    BIASALAH ORG MELAYU***
    wow! ayat power ni.... apapun sama-samalah kita belajar yer! mana yang kita tahu kita ajarkan pada orang...mana yang kita tak tahu, kita belajarlah pada orang yang tahu...tak gitu?...

  8. #7
    Normal Member
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    selangor
    Posts
    279
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 1 Post

    Default

    Lain peringkat umor memang lain pendekatannya.Kadang-kadang bile dah berumur 40-an bukan semata-mata nak kejar duit tapi nak kejar kepuasan hidup.So dari matlamat ni la kita approach dengan cara yang betul.

  9. #8
    Normal Member
    Join Date
    Aug 2007
    Posts
    20
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Saya pernah betanya kepada saudara bitol adakah saya ni dikira lewat dalam peniagaan melalui online business lalu die menjawab lbh kurang bunyinye "xde sape2 yg terlewat dalam online business ni, yang penting semangat xputus asa dan bersungguh2 dalam membuat sesuatu pekerjaan".

    Jadi saya rasa xkisah la umur kite ni 10, 20, 30, 40, 50an ke, kalu ada kemahuan disitu ada jalan. InsyaAllah..
    Cantik, Menawan, Memikat
    http://www.tudungtoday.com

  10. #9
    Normal Member
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    33
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    salam bro, saya sendiri pun dah 42 tahun,tapi masih lagi tak malu,tak segan nak belajar menimba ilmu perniagaan ini.
    sebab,sebagai mana yg saya tahu,perniagaan internet ini terlau luas,jadi insaALLAH peluang tu ada,tapi kena belajar,kena usahalah...relex banyak2...
    saya kalau boleh,nak pencen awal,nak dok umah,sambil jalankan biz di internet,jadi lebih banyak masa untuk keluarga,so sebagai orang islam,semestinyalah kita ada banyak masa untuk beramal....
    ini pandangan saya dan cita2 saya...maaf kalau buat bro tersinggung...percaya lah,saya sendiri pun masih lagi dok belajar dan bertanya dengan kawan2 WC.
    Jumpa di puncak kejayaan.....
    wassalam
    mznik

  11. #10
    WC Premium
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    Pearl Of The Orient
    Posts
    901
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 1 Post

    Default No No Saya No Hal

    Quote Originally Posted by mznik View Post
    salam bro, saya sendiri pun dah 42 tahun,tapi masih lagi tak malu,tak segan nak belajar menimba ilmu perniagaan ini.
    sebab,sebagai mana yg saya tahu,perniagaan internet ini terlau luas,jadi insaALLAH peluang tu ada,tapi kena belajar,kena usahalah...relex banyak2...
    saya kalau boleh,nak pencen awal,nak dok umah,sambil jalankan biz di internet,jadi lebih banyak masa untuk keluarga,so sebagai orang islam,semestinyalah kita ada banyak masa untuk beramal....
    ini pandangan saya dan cita2 saya...maaf kalau buat bro tersinggung...percaya lah,saya sendiri pun masih lagi dok belajar dan bertanya dengan kawan2 WC.
    Jumpa di puncak kejayaan.....
    wassalam
    mznik
    Salam! Bro

    Sebenarnya saya cam maner hari ni tergerak nak buka WC ni entah? Dah lama saya tak visit WC ni!

    Tak der masaalah Bro, saya tak terasa pun sebab saya pun dah banyak dapat duit kat Internet ni samada produk dalam dan luar negara?

    Yang saya sedih tu kekawan kita yang tak percaya n satu lagi umur saya belum 40 lagi,he he he>

    Sila baca pendedahan saya yang buat ramai teruja kat sini>

    Income Stream Ku Dengan Perniagaan Pasar Malam - Nogold.com

 

 
Page 1 of 2 12 LastLast

Similar Threads

  1. A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche
    By saifulsham in forum Perniagaan Internet
    Replies: 698
    Last Post: 05-17-2012, 10:19 AM
  2. Replies: 110
    Last Post: 01-26-2012, 09:26 AM
  3. AMARAN: Jangan beli ebook SistemRahsia v2 kalau tak nak rugi
    By percuma in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 34
    Last Post: 01-02-2012, 12:09 PM
  4. Dir Web Perniagaan Internet
    By kodin in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 4
    Last Post: 12-29-2009, 11:23 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •