Results 1 to 3 of 3
  1. #1
    Normal Member
    Join Date
    Jul 2011
    Posts
    132
    Thanks
    0
    Thanked 31 Times in 22 Posts

    Default Surah Al-Waqiah Amalan Pemurah Rezeki



    Surah Al-Waqiah sebagai amalan murah rezeki
    Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

    Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah misalnya dapat menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh amalan doa juga perlu kerana doa adalah senjata orang mukmin.

    Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

    1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).

    2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
    3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
    4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

    Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.
    Nak sewa tempat kursus yang murah? Ada projector,WiFi, air-con & surau di Putrawalk.. Hubungi saya, Ruslan ,012-9027564 (Klik untuk website)

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Active Member abutalib's Avatar
    Join Date
    Dec 2010
    Location
    Melaka - KL- Perlis
    Posts
    4,060
    Thanks
    470
    Thanked 136 Times in 126 Posts

    Default

    Terima kasih TT kerana mengingatkan

  4. #3
    Normal Member medicalcard2011's Avatar
    Join Date
    Nov 2011
    Posts
    18
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 2 Posts

    Default

    jngn lupa almulk dan assajadah

Similar Threads

  1. Kelebihan Surah Al-Ikhlas
    By Faizal in forum Sembang Umum
    Replies: 12
    Last Post: 04-03-2014, 11:20 AM
  2. Kelebihan surah-surah al- quran
    By muwiras in forum Motivasi & Inspirasi
    Replies: 8
    Last Post: 03-19-2014, 02:07 PM
  3. Empat jutawan Malaysia pemurah
    By sally in forum Isu Semasa
    Replies: 14
    Last Post: 07-06-2011, 03:18 PM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •