-
Pioneer Member
Melayu Boleh - Kesepakatan menjamin keutuhan perjuangan
Kemunculan Pertubuhan Melayu
•Orang Melayu menubuhkan pertubuhan setelah akhbar menimbulkan kesedaran politik di kalangan orang Melayu.
•Pertubuhan orang Melayu seterusnva memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran nasionalisme.
•Pemimpin di Negeri-negeri Melayu telah menubuhkan persatuan Melayu di negeri masing-masing sebagai mencontohi penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMMS).
•Ciri-ciri persatuan Melayu yang ditubuh:
a)bersifat kenegerian
b)dianggotai golongan Melayu berpendidikan Inggeris yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam British
c)perjuangan persatuan bersifat sederhana
d)setia kepada raja-raja Melayu
e)bekerjasama dengan British
f)menggesa British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam British di Tanah Melayu.
Tahun Persatuan Melayu yang ditubuhkan
1926 - Kesatuan Melayu Singapura
1937 - Persatuan Melayu Perak
1937 - Persatuan Melayu Melaka
1937 - Persatuan Melayu Pulau Pinang
1938 - Persatuan Melayu Pahang
1938 - Persatuan Melayu Selangor
1938 - Persatuan Melayu Negeri Sembilan
1939 - Persatuan Melayu Kelantan
1939 - Persatuan Melayu Sarawak
1939 - Persatuan Melayu Johor
•Sebagai contoh Persatuan Melayu Selangor telah menggesa kerajaan British:
a)menubuhkan angkatan tentera laut dan tentera udara Tanah Melayu
b)menambahkan bilangan askar Melayu dalam tentera darat Tanah Melayu
c)menempatkan lebih ramai pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam Persekutuan dan negeri.
•Pada tahun 1939, Kongres Melayu Se¬Tanah Melayu telah berjaya dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Singapura dengan Persatuan Melayu Selangor.
•Kongress Melayu Se-Tanah Melayu yang pertama:
a) berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1939
b) berjaya menarik kehadiran semua persatuan Melayu
c) bertujuan mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu bagi memajukan bangsa Melayu
•Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang kedua:
a)berlangsung di Singapura pada tahun 1940.
b)menyeru semua persatuan Melayu memajukan
kebajikan orang Melayu di negeri masing-masing.
•Kongres Melayu ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.
Sekian, terima kaseh kerana membaca
Last edited by KMZack; 05-04-2009 at 06:50 PM.
-
-
05-04-2009 06:46 PM # ADS
Circuit advertisement