Page 9 of 11 FirstFirst ... 567891011 LastLast
Results 81 to 90 of 105
Bookmark and Share

Thread: Amanah Saham: Public Mutual

  1. #81
    Normal Member
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    nationwide
    Posts
    54
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Bukan mudah hidup selepas bersara



    Oleh: FAUZI JAAFAR (WARTAWAN UTUSAN)

    BERITA mengenai miskin selepas pencen memberi satu tekanan kepada penulis ketika cuba membayangkan hidup selepas bersara.

    Apa yang mengerikan ialah walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006, namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.<-Cabaran di hari tua!!!

    Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

    Memang kita tidak dapat nafikan Malaysia sebuah negara yang sedang pesat membangun menuju ke arah negara maju sama seperti negara jiran, Singapura.

    Pendapatan per kapita penduduk negara ini ialah RM15,336 setahun pada tahun 2005. Dan sudah tentu pendapatan itu meningkat pada tahun ini apabila kerajaan meluluskan kenaikan gaji sektor awam.

    Tetapi jangan kita lupa bahawa yang mencarum dengan KWSP kebanyakannya adalah kakitangan swasta. Terdapat 10.38 juta pekerja swasta dengan 578,000 majikan pada tahun ini.

    Daripada jumlah itu, lima juta pekerja swasta mendapat pendapatan bulanan bawah RM1,000. Agaknya bagaimana nasib pekerja bawah RM1,000 ini untuk meneruskan kehidupan selepas bersara nanti.

    Walaupun kita tahu bahawa caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji pekerja swasta, tetapi baki 89 peratus itu sebenarnya bukanlah angka yang besar jika hidup di bandar raya.

    Kita ambil contoh seperti ini. Jika satu keluarga dengan empat anak iaitu contoh paling ideal untuk keluarga di negara ini, namun baki pendapatan tersebut harus pula digunakan untuk tujuan-tujuan lain.

    Dengan ibu bapa yang bekerja swasta, mereka perlu mengeluarkan belanja untuk bayaran bulanan bas sekolah yang secara puratanya untuk seorang mungkin mencecah RM100 sebulan.

    Alhamdulillah pada tahun depan semua buku teks diberi secara percuma kepada semua pelajar. Jika empat orang anak bersekolah, bayaran bulanan mungkin mencecah RM400 sebulan.

    Ini tidak termasuk bayaran ansuran sewa rumah. Jika di Kuala Lumpur, bayaran sewa bulanan untuk rumah teres dua tingkat mampu mencecah lebih RM1,000 manakala rumah teres pula dalam kadar RM700.

    Lainlah jika membeli rumah pangsa tiga bilik. Mungkin kadar bayaran ansuran bulanan mencecah RM500. Tetapi anak pula tidak selesa hingga terpaksa berkongsi bilik.

    Sebenarnya walaupun terdapat baki pendapatan sebanyak 89 peratus, percayalah ia masih tidak memadai pada masa kini kerana terlalu banyak yang perlu dibuat dengan baki pendapatan di tangan.

    Terlalu banyak yang perlu dijelaskan seperti bayaran cukai pintu, bil-bil utiliti yang bukan murah kosnya disebabkan ia menggunakan petrol. Apabila petrol naik, maka kos mengangkat sampah di depan rumah juga akan dinaikkan.

    Kebanyakan pekerja swasta ini pula tinggal di bandar-bandar besar yang memerlukan kos yang besar. Bagi mereka yang berpendapatan lima angka hingga enam angka, kos kehidupan di bandar tidak membebankan sangat.

    Jangan pula kita lupa bahawa pekerja swasta daripada golongan Melayu tidak ramai memiliki pendapatan yang besar kerana mereka hanyalah pekerja dan bukannya golongan majikan.

    Jadi apa yang perlu dibuat? Sebenarnya sudah tiba masanya pekerja swasta berjimat cermat dan berbelanja jika perlu.

    Gunakan wang yang ada dengan bijaksana seperti melabur pada unit-unit saham amanah yang diuruskan oleh beberapa syarikat perbankan dan syarikat yang boleh diyakini seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB).

    Jangan pula melabur dengan saham cepat kaya di dalam Internet yang tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Nanti bukan sahaja untung tidak dapat, tetapi wang pula lesap.

    Kerajaan pula melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu membantu dengan memastikan harga barangan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya. Janganlah meminta rakyat berjimat sedangkan rakyat sebenarnya tidak mempunyai pilihan.

    Bagi majikan di negara ini pula, kita harap dengan RM475 sebulan itu mampu menyedarkan mereka bahawa nasib pekerja di hari tua bukanlah begitu mudah.

    Walaupun ungkapan di hari tua untuk beribadat semata-mata, namun realitinya bukan begitu kerana ada juga yang sudah bersara terpaksa bekerja semula seperti menjadi pengawal keselamatan.

    Semua ini kerana pendapatan hari tua tidak seberapa sedangkan hidup perlu diteruskan..
    Baein
    Unit Trust Consultant
    Public Mutual Berhad

    Call now at 019-4722451

    email/ym: asrinsaga@yahoo.com.my
    Visit my blog : http://daretorich.blogspot.com
    Public Mutual No1 Unit Trust Company In Malaysia
    PENANG - KEDAH - PERAK - PERLIS

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #82
    Normal Member
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    384
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    baein ko ada YM x?

  4. #83
    Normal Member
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    nationwide
    Posts
    54
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by taqiyuddin View Post
    baein ko ada YM x?
    ada.. add la kat asrinsaga@yahoo.com.my
    Baein
    Unit Trust Consultant
    Public Mutual Berhad

    Call now at 019-4722451

    email/ym: asrinsaga@yahoo.com.my
    Visit my blog : http://daretorich.blogspot.com
    Public Mutual No1 Unit Trust Company In Malaysia
    PENANG - KEDAH - PERAK - PERLIS

  5. #84
    Normal Member
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    nationwide
    Posts
    54
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Benarkah unit amanah satu pelaburan selamat?

    Bagaimanakah untuk mendapatkan senarai saham ‘halal’?

    Senarai saham halal bursa tempatan atau sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh syariah ada dikemaskini dari semasa-kesemasa oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Senarai lengkap tersebut boleh diakses di laman www. sc.com.my (cari di bahagian Islamic Capital Market). Terdapat 871 saham halal mengikut senarai tersebut yang bertarikh 28 April 2006, merangkumi 85 peratus daripada keseluruhan sekuriti yang didagangkan di Bursa Malaysia.

    Adakah unit amanah satu bentuk pelaburan yang selamat?

    Unit amanah adalah seperti pelaburan-pelaburan lain, di mana prestasi adalah ditentukan oleh keadaan pergerakan pasaran yang berubah-ubah. Bagi mengimbangi kesan kuasa dan ketidaktentuan pasaran, pengurus unit amanah selalunya mengamalkan kaedah meminimumkan risiko pelaburan dengan cara meluaskan tebaran risiko di mana komponen portfolio dana amanah adalah dipelbagaikan untuk meliputi serangkaian luas pelaburan aset dan corak pelaburan. Kepelbagaian kadang-kala meliputi campuran kelas- kelas aset seperti saham, bon-bon dan instrumen pasaran wang. Sekiranya terdapat sebarang kejatuhan aset tertentu, kenaikan harga dan nilai aset lain dapat menampung kerugian tersebut.

    Patutkah saya menggunakan wang pinjaman dari institusi kewangan untuk menambah kuasa melabur?

    Elok sekiranya kos meminjam adalah rendah. Namun ia boleh memberi masalah apabila kos meminjam meningkat berbanding pulangan dividen dan bonus yang diterima. Unit amanah sinonim sebagai satu skim tabungan jangka panjang, oleh itu tabungan yang konsisten secara bulanan atau suku tahunan adalah wajar, walaupun dalam jumlah yang kecil; “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

    Boleh jelaskan penggunaan harga belian/jualan dan ‘NAB’ yang tertera di media.

    Harga yang dipaparkan ialah harga beli/jual bagi pihak pengurus dana kepada pemegang unit/pelabur seperti anda. Oleh itu, harga belian yang tertera (bid) ialah harga yang anda gunakan untuk menjual unit, manakala harga jualan (offer) ialah harga di mana anda membeli unit.

    Nilai Aset Bersih (NAB) ialah nilai kesemua aset dana ditolak keseluruhan tanggungan dana pada satu-satu masa penilaian , manakala NAB seunit pula ialah NAB dana itu yang dibahagi dengan jumlah bilangan unit dalam edaran pada masa penilaian. Angka ini penting kerana ia diguna sebagai panduan untuk menentukan harga belian dan jualan yang dikira setiap hari oleh Pengurus pada penutup hari perniagaan Bursa.

    Apabila saya ingin menjual unit-unit pelaburan, adakah saya perlu menunggu sehingga wujud pelabur yang ingin membeli?

    Tidak. Pengurus dana ialah pihak yang akan membeli semula unit-unit anda, mengikut terma dan syarat yang terkandung dalam prospektus sesuatu dana itu.

    Apakah yang patut saya lakukan sekiranya pasaran saham menjunam?

    Harga saham akan sentiasa turun atau naik kerana ini adalah lumrah pasaran, namun pada jangkamasa sederhana ke panjang ia akan naik. Anda tidak perlu lakukan apa-apa, harungi keadaan tersebut atau sekiranya berkemampuan tambah pelaburan sewaktu pasaran menampakkan kestabilan. Seperti yang sering disarankan, pelaburan unit amanah adalah untuk tempoh jangka sederhana/panjang.

    Adakah dana bon Islam hanya pada nama? Saya berpendapat ia masih bersekongkol dengan riba’ kerana mendapat hasil coupon rate yang tetap.

    Bon Islam ialah instrumen kategori sekuriti pendapatan tetap yang merujuk kepada pinjaman yang diberi oleh pembeli bon kepada pihak yang menerbitkannya. Konsep ini sama dengan operasi bon konvensional dimana peminjam akan mendapat bayaran berkala beserta keuntungan. Namun prinsip yang digunapakai ialah berlunaskan syariah dan kita mempunyai pelbagai pilihan cara terbitan seperti ‘Murabahah’, ‘Musyarakah’, ‘BBA Islamik’, ‘Bai Inah’, ‘Bai Al-Dayn’, ‘Sukuk Istisnaa’ ' dan ‘Sukuk Ijarah’.
    Baein
    Unit Trust Consultant
    Public Mutual Berhad

    Call now at 019-4722451

    email/ym: asrinsaga@yahoo.com.my
    Visit my blog : http://daretorich.blogspot.com
    Public Mutual No1 Unit Trust Company In Malaysia
    PENANG - KEDAH - PERAK - PERLIS

  6. #85
    Normal Member
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    58
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    mutual fund ni sesuai utk long term, so jgn harap nk masuk setahun, pastu nk keluar, rugi beb.. Sbb dia ada charges, 5% utk register klu tak silap dan kluar tu berapa % ntah tak ingat.

  7. #86
    Normal Member
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    nationwide
    Posts
    54
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by thorgentt View Post
    mutual fund ni sesuai utk long term, so jgn harap nk masuk setahun, pastu nk keluar, rugi beb.. Sbb dia ada charges, 5% utk register klu tak silap dan kluar tu berapa % ntah tak ingat.
    betul.. ia amat sesuai utk run long term.. tapi sllnya 4-5 bulan dah blh cover blk service charge tu..
    Baein
    Unit Trust Consultant
    Public Mutual Berhad

    Call now at 019-4722451

    email/ym: asrinsaga@yahoo.com.my
    Visit my blog : http://daretorich.blogspot.com
    Public Mutual No1 Unit Trust Company In Malaysia
    PENANG - KEDAH - PERAK - PERLIS

  8. #87
    Normal Member
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    nationwide
    Posts
    54
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default pengumuman

    saya akan berada di lokasi berikut pada..

    29 disember 2007 (sabtu) - alor star dan yg sewaktu dengannya

    30 disember 2007 (ahad) - pahang dan yg sewaktu dengannya

    31 disember 2007 (isnin) - terangganu dan yg sewaktu dengannya

    sesiapa yg berdekatan dgn lokasi tersebut boleh hubungi sy utk mengetahui lebih lanjut tentang unit amanah Public Mutual.. harap maklum..
    Baein
    Unit Trust Consultant
    Public Mutual Berhad

    Call now at 019-4722451

    email/ym: asrinsaga@yahoo.com.my
    Visit my blog : http://daretorich.blogspot.com
    Public Mutual No1 Unit Trust Company In Malaysia
    PENANG - KEDAH - PERAK - PERLIS

  9. #88
    WC Premium
    Join Date
    Jun 2007
    Posts
    358
    Thanks
    0
    Thanked 6 Times in 5 Posts

    Default

    Assalammualaikum,

    Saya tambah sikit, walaupun charges yang dikenakan adalah 5%, ada fund yang dah absorb dia punya charges dalam masa 4,5 bulan sahaja, siap untung lagi dalam setahun tu. Tahun lepas kawan saya invest dalam PIDF ,tahun ini dia keluarkan dengan dividen yang diperolehi sebanyak 16%.

  10. #89
    Normal Member
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Malaysia
    Posts
    702
    Thanks
    18
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    seronok mambaca. dah tertarik ni. ada tak cawangan kat sabah ni. saya dah lama dengara benda ni cuma kat telinga je. belum masuk dlm hati n fikiran.
    so skrg. dah berminat. bole dpt presantation tu ke

    thanks baein.
    -rent-

  11. #90
    Normal Member
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    nationwide
    Posts
    54
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by exinco View Post
    seronok mambaca. dah tertarik ni. ada tak cawangan kat sabah ni. saya dah lama dengara benda ni cuma kat telinga je. belum masuk dlm hati n fikiran.
    so skrg. dah berminat. bole dpt presantation tu ke

    thanks baein.
    bagi email addres.. tolong PM sy yer..
    Baein
    Unit Trust Consultant
    Public Mutual Berhad

    Call now at 019-4722451

    email/ym: asrinsaga@yahoo.com.my
    Visit my blog : http://daretorich.blogspot.com
    Public Mutual No1 Unit Trust Company In Malaysia
    PENANG - KEDAH - PERAK - PERLIS

 

 
Page 9 of 11 FirstFirst ... 567891011 LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •