Results 1 to 10 of 10
  1. #1
    WC Premium JaMaL's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    5,531
    Thanks
    8
    Thanked 267 Times in 91 Posts

    Default [SHARING] Rahsia RM210k Dalam Masa 30++ Hari Terbongkar!





    Hai apa khabar sahabat semua.

    Sudah lama saya menyepi dari menulis. Almaklumlah, sibuk dengan urusan menyambut baby saya yang ke 2 pada 9 hb April yang lalu. Alhamdulillah, pada jam 4.20 ptg pada 9 April 2012 bertrempat di Hospital Pakar Perdana, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami yang ke-2. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

    Dan dalam masa yang sama juga, jualan produk saya di internet mencapai kejayaan dari segi jualannya. RM210k dalam masa sebulan ianya dilancarkan! Produk apa tu? Produk yang saya lancarkan tersebut adalah produk AL Quran Digital Read Pen. Produk Islamik yang diperlukan ramai oleh ramai orang.

    Memang sebelum ini saya lihat ramai penjual produk yang sama di internet dan juga di pasaran offline, tapi saya tetap ingin mencuba menjualnya kerana saya yakin saya memiliki kelebihan, kemahiran, pengetahun, pengalaman dan kemampuan yang mana saya rasakan mampu memberikan kejayaan dalam pelancaran produk ini. Saya berpegang pada prinsip – “BELUM TRY BELUM TAU! DAH CUBA HARi-HARI MAU!

    Saya ada tanyakan di fanpage, ada tak yang berminat untuk tahu bagaimana jualan produk ini mampu mencapai sehingga 6 angka. Memang ramai berminat untuk mengetahuinya. Jadi, sebab itulah saya kongsikannya kepada anda.

    Saya ada bukukan rahsia RM210k ni dalam ebook, anda juga boleh download jika malas baca artikel di blog ini. SILA DOWNLOAD DI SINI.
    Untuk pengetahuan anda, reepi kejayaan dalam pelancaran produk ini dapat saya pecahkan kepada 6 ramuan yang utama. Teruskan bacaan anda untuk ketahuinya:



    1) TeamWork
    Dalam usaha menghasilkan jualan produk seperti ini, sudah pasti ianya tidak mampu dijalankan secara bersendirian. Untuk pelancaran produk ini, saya telah membina satu teamwork untuk melaksanakannya. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk mempermudahkan, mempercepatkan proses kerja untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Untuk pelancaran produk ini, saya pecahkannya kepada 4 bahagian iaitu:

    Bahagian Pemasaran
    Bahagian ini dikawal sepenuhnya sendiri oleh saya kerana ini adalah bahagian terpenting dalam penjualan produk ini. Tanpa pemasaran, sudah pasti produk sukar untuk dijual. Jadi di sini, saya menyusun beberapa strategi bagi tujuan pemasaran online yang mana ianya meliputi penyediaan website dan sales letter, pengrekrutan rakan affiliate, promosi online, strategi pemasaran dan sebagainya.

    Bahagian Accounting
    Bahagian ini telah saya berikan sepenuhnya kepada sahabat saya, En Hakim untuk menguruskannya. Adalah mustahil untuk saya menguruskannya di saat saya menumpukan fokus saya pada bahagian pemasaran. Jadi, pengambilan orang yang berkelayakan mengurusnya adalah amat penting yang mana duit keluar masuk, untung, bajet dikawal sepenuhnya oleh En Hakim. Syabas buat En Hakim!

    Bahagian Customer Service
    Bahagian ini juga saya serahkan kepada En Hakim dan juga 2 staff saya di pejabat untuk menguruskannya. En Hakim mengawal support di bahagian telefon bimbit dan juga di bahagian pengurusan emel. Beliau juga menguruskan urusan pengurusan stok dengan supplier. Kerja-kerja dokumentasi, beliau yang lakukan!
    Manakala En Izad, krew yang berada di ofis bertindak untuk menjawab panggilan telefon dari orang ramai di ofis yang bertanyakan berkenaan dengan produk! Selain itu, beliau juga menjaga urusan menjawab pertanyaan orang ramai di ruangan FB Comment di web utama (www.qurandigital.my) dan juga di ruangan komen dan message di fanpage Al Quran Digital. Syabas! Kerja yang gemilang!

    Seorang lagi staff saya, En Amin yang baru masuk pada awal April 2012, bertindak sebagai operator menjawab panggilan orang ramai. Mantap semua! Dan saya sendiri, biasanya akan masuk di ruangan FB Comment, emel, di fanpage untuk menjawab sendiri pertanyaan orang ramai yang berminat untuk membeli produk ini.

    Bahagian Penghantaran
    Untuk bahagian penghantaran pula, saya melantik satu pihak untuk menguruskan penghantaran produk secara pos laju. Segala urusan penghantaran diuruskan oleh pihak ini. Kami forwardkan nama pelanggan, mereka poskan produk kepada pelanggan.

    Begitulah teamwork yang telah kami bina untuk tujuan penjualan produk Al Quran Digital ini. Di sini, dapat disimpulkan bahawa kerja berpasukan itu lebih baik daripada bekerja bersendirian jika kita mahu melancarkan suatu projek berskala besar di internet. Nak lakukannya seorang diri?

    Bukan tidak boleh, tapi anda perlu fokus 100% dari segi masa, komitmen, wang ringgit untuknya. Seperti di waktu awal saya membabitkan diri dalam dunia perniagaan internet, di mana semua kerja dilakukan seorang diri. Dan sekarang, apabila sudah masuk tahun ke 4 saya bergelar usahawan internet, ianya dilakukan secara berpasukan supaya saya dapat juga menjalankan urusan perniagaan saya yang lain seperti pemasaran affiliate, penghasilan produk baru, program training dan sebagainya! Banyak kerja boleh dibuat apabila sesuatu kerja telah diagihkan!

    2) JV/Affiliate
    Ini ramuan ke-2 yang membantu dalan kejayaan pelancaran produk ini. Rekrut agen affiliate untuk mempromosikan produk ini! Memang saya boleh memasarkan produk ini sendiri, dan mampu hasilkan pulangan lumayan. Tapi, jika saya dapat rekrut agen affiliate untuk mempromosikan produk ini, sudah pasti hasilnya lebih tinggi, berkali-kali ganda! Sepanjang pengalaman dan pemerhatian saya, bantuan dari affiliate/JV mampu membantu seorang usahawan internet meningkatkan jualannya sehingga 10 kali ganda! Ini adalah realiti.

    Adalah agak sukar untuk kita mampu mengutip jualan sehingga 6 angka dalam masa yang singkat secara bersendirian tanpa bantuan dari JV/affiliate ini. Untuk produk ini, komisen affiliate diberikan kepada agen affiliate adalah sebanyak RM50 bagi setiap unit yang berjaya dijual hasil dari promosi mereka di internet. Lebih kurang 400 orang agen affiliate telah mendaftarkan diri untuk menyertai affiliate bagi produk ini, dan hampir 50% daripada mereka berjaya membuat jualan! (yang tak buat jualan tu mungkin tak promosikan, atau promosi sekerat jalan sahaja). Boleh dikatakan, hampir 80% jualan adalah datang dari agen-agen affiliate ini sendiri! Memang mengkagumkan!

    Bagaimana saya mendapatkan agen-agen affiliate ini? Saya perolehinya dari mailing list niche internet marketing milik saya, dari fanpage saya Jamal – Pakar Ebook dan juga bantuan dari beberapa sahabat yang mengwar-warkannya kepada group mereka!

    Bagi tujuan untuk support rakan affiliate, saya telah membina satu FB Group khas bertujuan untuk memberikan support, membantu usaha promosi, dan juga memberikan semangat kepada mereka untuk mempromosikan produk Al Quran Digital ini. Ternyata ianya sangat membantu! (FB Group ini adalah idea dari pengalaman lalu saya dalam pelancaran produk di internet) Selain itu juga, rakan-rakan affiliate juga didaftarkan pada senarai emel rakan affiliate di autoresponder. Ini memudahkan saya memberikan update kepada mereka melalui emel.

    Ini adalah FB Group khas yang telah saya bina untuk support affiliate. Anda juga boleh sertainya dengan “ASK TO JOIN” https://www.facebook.com/groups/200288676739831/

    Untuk affiliate juga, kami sediakan cabaran affiliate dengan hadiah yang menarik bagi menggalakkan dan memotivasikan agen affiliate untuk melakukan promosi. Anda boleh lihat kedudukan carta affiliate final di bawah:




    3) Bantuan Marketing
    Ini antara penyumbang terbesar membantu agen affiliate mendapatkan jualan dalam pelancaran ini. Dari kajian saya sebelum ini, jualan dapat ditingkatkan jika pemilik produk ataupun penganjur affiliate dapat memberikan bantuan pemasaran dan promosi kepada agen affiliate mereka. Jadi, di sini saya mengambil inisiatif menyediakan panduan promosi yang mudah untuk agen affiliate, terutamanya bagi yang baru!

    Saya sediakan panduan PDF langkah demi langkah, dari mendaftar affiliate sehinggalah mempromosikannya! Cuma dalam panduan ini, saya hanya mengajarkan panduan promosi melalui facebook sahaja kerana ianya paling digemari ramai, mesra orang baru, fungsi viralnya, mesra pembeli, dan yang paling best, ianya efektif! Saya kongsikan bagaimana menjalankan promosi text di wall profil, di fanpage, bagaimana mempromosi gambar, bagaimana membuat promosi video, bagaimana membuat promosi FB Ads (iklan berbayar FB) dan lain-lain. Ianya memang sangat efektif!

    Ramai orang yang baru saja berkecimpung dalam pemasaran affiliate, berjaya mendapat jualan dengan apa yang saya tunjukkan kepada mereka. Malah ada yang menjana komisen ribuan RM dengan panduan yang telah saya berikan.

    Saya bukan saja kongsikan kepada mereka teknik promosi, tapi saya sediakan juga gambar promosi, banner, ayat promosi. Mereka hanya perlu copy dan paste saja apa yang saya berikan. Dengan cara ini, kerja-kerja promosi oleh agen affiliate menjadi sangat mudah dan cepat. Buat mereka yang baru, mereka turut belajar cara promosi di FB Group khas yang telah saya sediakan.

    Contoh bantuan marketing yang diberikan, adalah seperti di bawah:


    Anda juga boleh dapatkan panduan promosi tersebut di artikel di bawah:
    http://www.blogjamal.com/marketing/t...e-di-facebook/

    Segala yang saya tahu, pengalaman saya dalam pemasaran Facebook telah saya kongsikan kepada mereka. Memandangkan saya sudah berpengalaman dalam pemasaran Facebook ini hampir 3 tahun, apa yang telah saya tunjukkan kepada mereka adalah panduan yang berkesan yang mana telah diuji, digunapakai sebelum ini oleh saya dalam pelancaran produk sendiri mahupun dalam pemasaran affiliate.

    4) Fanpage
    Seterusnya, ramuan ke -4 adalah fanpage! Untuk produk ini, sememangnya saya telah memiliki fanpage sejak tahun lepas lagi, di mana ketika itu saya gunakan fanpage ini untuk mempromosikan produk Al Quran Digital milik penjual lain.

    Anda boleh melihat fanpage ini di url ini https://www.facebook.com/alqurandigitalreadpen

    Semasa itu, saya adalah seorang affiliater bagi produk ini! Untuk kempen kali ini, saya mempertingkatkan penggunaan fanpage bagi tujuan pemasaran. Antaranya...
    ================================================== ================================================== =
    PERKONGSIAN INI AGAK PANJANG, ANDA BOLEH MEMBACANYA DI DINI - KLIK

  2. The Following 5 Users Say Thank You to JaMaL For This Useful Post:

    abutalib (04-24-2012), blankoguy85 (04-24-2012), khaie (04-24-2012), luqsky (04-24-2012), PinguSpy (04-24-2012)

  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  4. #2
    Normal Member Master Zuheir's Avatar
    Join Date
    Dec 2011
    Posts
    511
    Thanks
    10
    Thanked 17 Times in 9 Posts

    Default

    wooo..sgt dasyat perkongsian abg ni..hehe
    coming soon --> www.MasterViral.my

  5. #3
    Normal Member M.Arif's Avatar
    Join Date
    Dec 2011
    Location
    Sungai Buloh, Selangor
    Posts
    251
    Thanks
    1
    Thanked 4 Times in 4 Posts

    Default

    perkongsian yang hebat
    Pelajari cara PUKAU minda anda untuk peroleh RAHSIA KEKAYAAN disini :

    <a href="http://www.rahsiaminda.com/hop.php?ref=gold" target="_blank"><img src="http://www.rahsiaminda.com/images/468x60.gif"></a>

  6. #4
    WC Premium MrEmas's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    3,059
    Thanks
    181
    Thanked 125 Times in 76 Posts

    Default

    tahniah... memang contoh yang terbaik..

  7. #5
    Normal Member nasanie cr's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    35
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default terima kasih..

    satu pengkongsian terhebat

  8. #6
    WC Premium PinguSpy's Avatar
    Join Date
    Jan 2007
    Location
    NONEXISTENT
    Posts
    7,345
    Thanks
    459
    Thanked 765 Times in 363 Posts

    Default

    cool.. thanks bro..

  9. #7
    WC Premium InternetMillionaire's Avatar
    Join Date
    Feb 2012
    Posts
    230
    Thanks
    0
    Thanked 11 Times in 7 Posts

    Default

    Tuan Jamal, ini kena ada postage ke? sebab siap ada pen lagi kan?

    Update: Dah cek website, memang melibatkan postage...kalau ada seribu orang order, byk jugak nak post..kena ada warehouse lagi..
    tapi good twist jugak...biasanya org just just jual ebook/video/etc
    Last edited by InternetMillionaire; 04-24-2012 at 05:19 AM.
    Hot Domains For Sale => Cereka (.)com -Best for buku cerita niche
    Jubah (.)net - Hi searches kywrd "jubah"
    Pelabur (.)com
    - Pelabur yg ada blog?
    Hinopsis (.)com - Hinopsis ebook?
    Bankrap (.)com

  10. #8
    New Member
    Join Date
    Apr 2012
    Posts
    7
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    sgt dasyat perkongsian abg ni

  11. #9
    Active Member abutalib's Avatar
    Join Date
    Dec 2010
    Location
    Melaka - KL- Perlis
    Posts
    4,048
    Thanks
    470
    Thanked 171 Times in 137 Posts

    Default

    Tahniah Tuan Jamal...Kasi semangat dekat kita orang...

  12. #10
    Active Member Cikgu Loh's Avatar
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    Live at Kelantan But study at Kuala Terengganu
    Posts
    1,727
    Thanks
    102
    Thanked 136 Times in 82 Posts

    Default

    Terbaik Tuan jamal..
    AKU BUDAK TIADA DUIT , JADI AKU AKAN TERUS BERUSAHA!!

Similar Threads

  1. Replies: 15
    Last Post: 01-14-2013, 06:28 AM
  2. Rahsia Flippa $550 dalam masa 5 hari.
    By syedakmal in forum Program Jana Wang Online
    Replies: 1485
    Last Post: 04-09-2012, 04:54 AM
  3. Replies: 229
    Last Post: 12-23-2010, 04:46 PM
  4. Rahsia RM1000 dalam masa 10 hari.Tidak mustahil!!!!!
    By myne in forum Program Jana Wang Online
    Replies: 13
    Last Post: 09-25-2009, 04:03 PM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •