Guru-Dera-Murid-Tadika-Dipecat.jpeg
ahakzzz..

Isu Semasa - Guru Dera Murid Tadika Dipecat


SAKIT...murid malang ini menjerit kesakitan ketika diangkat Yanhong dengan memegang cuping telinganya.​


BEIJING: Seorang guru prasekolah di China dipecat selepas laman perkongsian foto di Internet menunjukkan dia mengangkat muridnya dengan memegang cuping telinga kanak-kanak malang itu.

Ibu bapa di wilayah Zhejiang di negara itu membuat aduan kepada jabatan pendidikan tempatan selepas imej tidak berperikemanusiaan itu dimuat naik dalam rangkaian laman sosial Weibo.

Foto itu menunjukkan Yan Yanhong, 20,...
du_05.1.jpg
JEMAAH haji melontar batu di Jamrah Aqaba di Mina semalam.

MINA, Arab Saudi - Ratusan ribu jemaah haji melontar jamrah di Mina semalam pada hari pertama Hari Raya Aidiladha.

Para jemaah haji dari 189 buah negara itu melontar batu di Jamrah Aqaba yang merupakan sebuah batu.

Selepas melontar jamrah, para jemaah lelaki menggunting atau mencukur rambut.

Para jemaah yang selesai melontar akan kembali ke khemah masing-masing dan menunggu untuk melontar lagi batu di Jamrah Ula dan Wusta.

"Saya melontar jamrah pada awal pagi apabila tidak ramai jemaah berada di...
du_03.1.jpg
SEEKOR monyet liar dikurung selepas haiwan itu ditembak dengan ubat pelali di St. Petersburg, Florida pada Rabu lalu

ST. PETERSBURG, Florida - Seekor monyet liar yang diburu sejak dua tahun lalu akhirnya berjaya ditangkap pada Rabu lalu di sini, lapor agensi berita AP semalam.

Monyet yang tergolong dalam keluarga rhesus itu berjaya ditangkap selepas haiwan tersebut ditembak dengan menggunakan ubat pelali.

Selepas ditembak, monyet itu melarikan diri di sebuah kawasan hutan sebelum ia ditangkap oleh sekumpulan penangkap haiwan.

Seorang penangkap haiwan, Vernan...
du_02.1.jpg
SEORANG penduduk Rakhine (kanan) yang cedera dalam keganasan melibatkan etnik Rohingya dirawat di sebuah hospital di Sittwe, Myanmar semalam.

KYAUKTAW, Myanmar - Seramai 112 orang terbunuh dalam keganasan yang berlaku di negeri Rakhine, barat Myanmar sejak enam hari lalu yang melibatkan etnik Rohingya yang beragama Islam, kata seorang pegawai semalam.

Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu memberi amaran demokrasi yang berkembang di Myanmar akan terjejas ekoran pergolakan tersebut.

Pergolakan itu berlaku lima bulan selepas etnik Rohingya bergaduh dengan etnik Rakhine...
du_01.1.jpg
BASHAR (tiga dari kanan) berdoa di Masjid Al-Afram di kawasan al-Muhajirin, Damsyik semalam.

BEIRUT - Gencatan senjata yang bermula pada sambutan Hari Raya Aidiladha berkecai di Syria semalam apabila tiga orang awam mati ditembak oleh beberapa anggota tentera pemerintah.

Menurut Kumpulan Pemerhati Untuk Hak Asasi Manusia, tiga orang itu mati ketika beberapa anggota tentera Syria melepaskan tembakan di bandar Harsta, pinggir Damsyik.

Kumpulan berkenaan turut mendakwa gencatan senjata selama empat hari itu musnah di beberapa wilayah di Syria.

Bagaimanapun,...
ne_10.1.jpg
DI sebuah rumah di Jalan Walter Grenier, Jalan Imbi, Kuala Lumpur inilah seorang lelaki warga emas ditahan kelmarin kerana menjual barangan seks.

KUALA LUMPUR - Kegiatan seorang lelaki warga emas menjual peralatan dan ubat perangsang seks terbongkar apabila dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Walter Grenier, Jalan Imbi di sini kelmarin.

Operasi pada pukul 11.55 pagi itu dilakukan hasil risikan dan penyamaran oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD).

Dalam serbuan di rumah yang terletak di tingkat...