ahakzzz..

Isu Semasa - Lelaki Nigeria Guna Sihir Paksa Kanak-Kanak Jual Tubuh

LONDON: Seorang lelaki yang menggunakan ritual sihir bagi memaksa kanak-kanak menjadi pelacur, didapati bersalah di mahkamah Canterbury atas dakwaan menyeludup manusia dan merogol.

Perbicaraan menunjukkan, ramai kanak-kanak dirogol, didera secara seksual dan dibayangi ritual seperti voodoo dilakukan sindiket terbabit. Mangsa juga dikelar dengan pisau, dipaksa meminum cecair busuk dan diambil darah bagi membolehkan mereka ‘disihir.’ Osezua Osolase, 42, menyamar sebagai pekerja pusat pungutan bahan kitar semula dan menetap di sebuah rumah teres di Gravesend, Kent.

Namun, tanpa disedari ramai,...
Kontraktor-Palsu-Tipu-RM2-Juta.jpg
ahakzzz..

Isu Semasa - Kontraktor Palsu Tipu RM2 Juta


KERJA pengubahsuaian ruang tamu rumah Chiew Ming di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang terbengkalai pada Mei lalu selepas suspek menghilangkan diri.​


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mendakwa dirinya sebagai kontraktor kini menjadi buruan polis serta lebih 10 pemilik rumah di sekitar ibu negara selepas disyaki menipu dalam projek pengubahsuaian bangunan membabitkan kerugian lebih RM2 juta sejak awal tahun lalu.

Suspek mudah memperdayakan mangsa kerana menjalankan urusan seperti...
ahakzz..

Isu Semasa - Peras Foto Bogel

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila bukan saja gagal menyelamatkan anak gadisnya daripada menjadi mangsa nafsu serakah teman lelaki zuriatnya, malah terpaksa menampung perbelanjaan anak dan lelaki itu sejak sembilan bulan lalu.

Difahamkan, anak mangsa berumur 19 tahun bukan saja dipaksa melayan nafsu lelaki itu, malah mengikutnya ke Pulau Pinang dengan bermodalkan gambar bogel remaja itu sebagai taruhan.

Mangsa yang berasal dari Perak dan mahu dikenali sebagai Shiela, 45, berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu ketika melanjutkan pelajaran di utara tanah air selepas terjerat dengan ayat-ayat cinta bapa ayam...
Bayi-Didera-Dikata-Digigit-Hantu.jpg
ahakzzz..

Isu Semasa - Bayi Didera Dikata Digigit Hantu


KESAN kecederaan di belakang kepala seorang bayi yang disyaki didera pengasuhnya di Sungai Nibong, George Town.​


GEORGE TOWN - Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini.

Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam...
KUALA LUMPUR, 24 OKT 2012: Tercalon dalam anugerah seperti Shout! Awards meletakkan Zizan di antara penghibur tempatan yang mempunyai peminat dan penyokong daripada semua peringkat umur dan bangsa.

Zizan yang juga pernah memenangi Favourite TV Personality Award pada Shout! Awards 2010 turut berkongsi cerita bagaimana usahanya untuk memajukan komedi pentas tempatan agar diterima oleh semua pihak.

“Ini merupakan usaha saya dalam industri ini sekarang, saya tidak mahu menghasilkan lawak kepada satu golongan sasaran sahaja. Saya mahu lawak saya ini diterima dan sampai pada semua orang.

“Baru-baru ini ada orang bising pasal lawak mengaitkan golongan lembut. Kalau lembut baru kelakar....
BEIJING - iPhone 5 Apple dijangka dilancarkan di China Disember ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tim Cook dalam laporan kewangan suku tahunan syarikat itu.

China merupakan antara pasaran utama untuk diteroka oleh Apple, dengan perolehan bagi tempoh Julai hingga September meningkat 26 peratus tahun ke tahun, dan jualan mencecah US$5.7 bilion, lapor China Daily.

Bagi suku keempat tahun fiskal itu, pendapatan Apple mencecah US$36 bilion dengan kira-kira 60 peratus perolehan datang dari luar US, dan China menyumbang suku daripada jumlah tersebut.

Apple dikatanya membangunkan iPhone 5 secara usaha sama dengan China Mobile, operator mudah alih terbesar di dunia, yang mempunyai...