Kajian-Semula-Gaji-Hanya-Libatkan-20%-Penjawat-Awam.jpg
ahakzzz..

Isu Semasa - Kajian Semula Gaji Hanya Libatkan 20% Penjawat Awam



KUALA LUMPUR - Cuepacs berkata kajian semula gaji kakitangan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa semalam, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum.

Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah itu memandangkan kira-kira 20 peratus daripada 1.3 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan mereka harus diberi perhatian supaya tidak ketinggalan....
Keranda-Muncul-Dari-Kubur-Akibat-Taufan-Sandy.jpg
ahakzzz..

Isu Semasa - Keranda 'Muncul' Dari Kubur Akibat Taufan Sandy


SEBUAH keranda 'muncul' dari dalam kubur di sebuah kawasan perkuburan di Crisfield kelmarin.​


CRISFIELD, Maryland - Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Keranda perak dan gangsa itu 'muncul' selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan.

Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS)...
Bayi-9-Bulan-Turut-Sambut-Halloween.jpeg
ahakzzz..

Isu Semasa - Bayi 9 Bulan Turut Sambut Halloween


COLE ketika diletakkan ke dalam labu.​


LONDON: Berdasarkan mimik mukanya, dia seolah-olah bimbang dia akan menjadi satu daripada bahan masakan untuk sup labu.

Cole Thornton yang berusia 9 bulan hari ini meraikan perayaan Halloween.

Bapanya, Chris merakam gambar Cole dalam puluhan aksi untuk kalendar keluarga mereka dan untuk bulan lalu, dia memutuskan labu menepati konsep itu.

Kaki Cole terjulur keluar dari dua lubang dalam sayuran itu dan tangkainya diletakkan di atas kepala bayi itu sebagai...
Makan-Telur-Penyu-Undang-Kanser-Buah-Pinggang.jpg
ahakzzz..

Isu Semasa - Makan Telur Penyu Undang Kanser, Buah Pinggang?


Para peserta yang mengikuti Bengkel Pemuliharaan Alam dari Perspektif Islam bergambar bersama ahli jawatankuasa Mekar.​


KERTEH – Tabiat memakan telur penyu, yang semakin meningkat di kalangan rakyat negara ini, boleh menyebabkan penggemar berisiko diserang penyakit kanser dan buah pinggang kerana mengandungi "logam berat" atau merkuri.

Pengerusi Persatuan Khazanah Rakyat Ma’ Daerah (Mekar), Mamat@Muhammad Mat Zain berkata, orang yang memakan telur penyu juga boleh mengalami...
Wang-Hantaran-Deejay-Hot-FM-Terengganu-Lesap.jpg
ahakzzz..

Isu Semasa - Wang Hantaran Deejay Hot FM Terengganu Lesap


Bell menunjukkan tempat dia menyimpan sampul surat berisi wang hantaran perkahwinannya.​


KUALA TERENGGANU- “Wang yang disamun itu bakal saya jadikan wang hantaran perkahwinan yang akan berlangsung pada 10 November depan.”

“Saya kini pening memikirkan untuk mencari wang gantian bagi meneruskan majlis perkahwinan ini dengan pasangan saya iaitu Durani Hanum Yusof, 26, kerana masa agak suntuk,” demikian luahan seorang penyampai radio Hot FM Terengganu, Mohd Hermansani Aminudin, 29,...
image.jpg
BATU CAVES - Sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin.

Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV.

Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Bandar Country Homes ke rumah mentua di Pahang menyedari saluran gas itu bocor dan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak.

“Pekerja cuba menutup saluran utama itu namun gagal menyebabkan hos mengeluarkan api dan...